Thursday 7 March 2013

Suami Isteri Bersalaman Maka Gugurlah Segala Dosa

        

        Rasulullah S.A.W bersabda, yang bermaksud " Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya"

        Begitu besarnya harga sebuah senyuman seorang isteri kepada suaminya malah lebih bermakna senyuman itu diberikan kepada suami kepenatan pulang dari kerja. Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

        Rasulullah bersabda, yang bermaksud " Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya". Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

Tip Tambat Hati Suami



  • Tegur dan sentuhlah dengan lembut bila suami pulang dari kerja. Tinggalkan seketika kerja-kerja yang dilakukan dan beri tumpuan padanya. 
  • Luangkan masa berkualiti sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali bersama suami
  • Pujilah suami dengan ikhlas sama ada penampilan, rambut atau apa sahaja.
  • Bila suami inginkan bantuan maka buatlah dengan segera dan ikhlas tanpa banyak bicara.
  • Peluk suami dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya tujuh kali sehari
  • Elakkan dari menggangu suami ketika dia sedang melakukan kerja-kerja yang memerlukan penelitian.
  • Jangan sekali-sekali menjawab apabila suami sedang marah sebaliknya diam dan dengarlah apa yang ingin disampaikan.
  • Berilah sokongan yang penuh pada suami dalam apa jua perkara yang dilakukan.
  • Elakkan dari kerap menghubungi suami di tempat kerja. Sebaiknya tiga atau empat kali sahaja.
  •  Sentiasalah berdoa agar suami sentiasa menyayangi anda.

Masakan Isteri Ikat Kasih Suami


Percaya atau tidak masakan isteri boleh mengikat kasih suami..mesti percayakan hehe. Kata orang-orang tua untuk memikat hati suami maka 'ikatlah' perutnya dahulu. Sebab itulah ibu kita selalu berpesan sesibuk mana pun seorang isteri sebaiknya luangkan sedikit masa untuk menyediakan masakan buat keluarga.

Biarlah menu yang dihidangkan ringkas tetapi ikhlas dari hati. Paling tidak, suami dan anak-anak akan sentiasa merindui air tangan insan yang sentiasa memenuhkan perut mereka dengan makanan-makanan yang membuka selera. Oleh itu, sediakanlah masakan pengikat kasih sayang buat mereka. Moga kerukunan dan keharmonian rumah tangga sentiasa terpelihara. Dalam pada itu, pelajari juga tip-tip penyediaan hidangan yang terbaik untuk keluarga agar sajian air tangan anda memberi manfaat buat insan tersayang. Masaklah apa pun yang ringkas-ringkas janji sedap dan suami pun tambah sayang:-)

Bila Masak mulakan Dengan Lafaz Bismillah
Islam menyarankan umatnya supaya mengamalkan lafaz bismillah dalam setiap perbuatan yang dilakukan bagi memperolehi keberkatan.Kita sebagai isteri dan ibu praktikkanlah cara tersebut untuk menyedapkan makanan sekali gus membuatkan anak-anak serta suami sentiasa mengingati sajian yang kita sediakan. Selain memperolehi keberkatan, cara ini juga mampu menghindarkan kemudaratan yang terdapat dalam masakan.

Siram Bahan Masakan Sebelum Dimasak
Kita sedar atau tidak, setiap bahan yang ingin dimasak perlu disiram atau dibersihkan dengan air biarpun telah dibersihkan. sebagai contoh ikan, daging atau ayam yang telah siap dipotong pasti dibersihkan. Seeloknya, sebelum di masukkan ke dalam kuali atau periuk, siramlah dengan air bersih kerana mungkin tanpa disedari, bahan tersebut telah dicemari kuman sewaktu ia dibiarkan seketika. Apabila semuanya bersih dan selamat, nescaya menu yang dihidangkan juga lazat.

Kurangkan Penggunaan Garam Dan Gula
Melihatkan makanan yuang lazat sudah cukup membuka selera biarpun lidah belum lagi merasanya tetapi sebaik dijamah ke mulut, rasa yang diinginkan gagal ditepati. Mungkin terlebih garam, gula mahupun bahan perasa membuatkan nafsu makan terbantut seketika. Bagi mengembalikan selera yang kian hilang maka masaklah dengan kuantiti yang sederhana. Maksudnya di sini, kurangkan penggunaan garam dan gula ketika proses penyediaannya.

Belajar Masak Menu Kegemaran
Biarpun baru sebulan dua mendirikan rumah tangga, anda seharusnya peka kepada makanan kegemaran pasangan. Kalau tidak ditanya maka lihatlah pada menu yang sering dipesan sewaktu kalian menjamu selera di restoran pilihan. Belajar menyediakan makanan yang digemari dan hidangkan ketika makan bersama di rumah. Berbaloi penat di dapur apabila melihat suami dan anak-anak berselera dengan masakan yang dihidangkan. Inilah yang dikatakan pengikat kasih sayang. Pengorbanan yang sedikit membuahkan kepuasan yang berganda.
Wednesday 6 March 2013

6 Makanan Penambah Semangat

Ada hari yang akan muncul perasaan kurang bersemangat untuk melalui hari-hari anda, sama ada di tempatkan kerja atau menguruskan rumah tangga. Boleh jadi kerana stres, masalah atau pun faktor  kesihatan. Keadaan ini menyebabkan diri berasa malas dan bosan. Jika anda terasa begini ada baiknya anda memasukkan sumber  makanan di bawah ini yang disebut sebagai makanan penambah semangat untuk mengaktifkan hari anda.                                           


1. Kentang Manis
    Kentang manis merupakan kudapan alternatif  yang sihat kerana kaya dengan folat    
    sehingga  dapat menstabilkan gula darah.

2. Kacang
    Kudapan ini merupakan salah satu sumber terbaik mineral selenium yang akan 
    memperbaiki emosi dan meredakan kecemasan.

3. Ikan
    Ikan seperti sardin dan makarel kaya dengan asid  lemak omega 3 yang membantu
    otak untuk meningkatkan suasana hati dan meningkatkan konsentrasi.

4. Telur
    Telur adalah sumber zink yang membantu anda untuk merasa lebih terjaga dan    
    bertenaga dengan mengatur metabolisme dan darah.

5. Yogurt
     Yogurt kaya dengan kalsium dan protein sehingga bagus untuk mengurangi perubahan 
     suasana hati, depresi dan kecemasan.

6. Bayam
    Bayam kaya dengan zat besi sehingga akan memberikan kita tenaga yang mengatasi 
    kelelahan dan meningkatkan konsentrasi. Bayam juga merupakan sumber vitamin B6 
    dan folat yang penting untuk menyokong kemampuan otak dalam menghasilkan 
    neurotransmitter sehingga dapat memperbaiki emosi 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tulis Dan Search Aje

Followers

Powered by Calendar Labs
Powered by Blogger.

Tags

Popular Posts

Jumlah Orang Intai-intai:-)