Thursday 7 March 2013

Suami Isteri Bersalaman Maka Gugurlah Segala Dosa

        

        Rasulullah S.A.W bersabda, yang bermaksud " Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya"

        Begitu besarnya harga sebuah senyuman seorang isteri kepada suaminya malah lebih bermakna senyuman itu diberikan kepada suami kepenatan pulang dari kerja. Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

        Rasulullah bersabda, yang bermaksud " Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya". Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

Tip Tambat Hati Suami



  • Tegur dan sentuhlah dengan lembut bila suami pulang dari kerja. Tinggalkan seketika kerja-kerja yang dilakukan dan beri tumpuan padanya. 
  • Luangkan masa berkualiti sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali bersama suami
  • Pujilah suami dengan ikhlas sama ada penampilan, rambut atau apa sahaja.
  • Bila suami inginkan bantuan maka buatlah dengan segera dan ikhlas tanpa banyak bicara.
  • Peluk suami dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya tujuh kali sehari
  • Elakkan dari menggangu suami ketika dia sedang melakukan kerja-kerja yang memerlukan penelitian.
  • Jangan sekali-sekali menjawab apabila suami sedang marah sebaliknya diam dan dengarlah apa yang ingin disampaikan.
  • Berilah sokongan yang penuh pada suami dalam apa jua perkara yang dilakukan.
  • Elakkan dari kerap menghubungi suami di tempat kerja. Sebaiknya tiga atau empat kali sahaja.
  •  Sentiasalah berdoa agar suami sentiasa menyayangi anda.

Masakan Isteri Ikat Kasih Suami


Percaya atau tidak masakan isteri boleh mengikat kasih suami..mesti percayakan hehe. Kata orang-orang tua untuk memikat hati suami maka 'ikatlah' perutnya dahulu. Sebab itulah ibu kita selalu berpesan sesibuk mana pun seorang isteri sebaiknya luangkan sedikit masa untuk menyediakan masakan buat keluarga.

Biarlah menu yang dihidangkan ringkas tetapi ikhlas dari hati. Paling tidak, suami dan anak-anak akan sentiasa merindui air tangan insan yang sentiasa memenuhkan perut mereka dengan makanan-makanan yang membuka selera. Oleh itu, sediakanlah masakan pengikat kasih sayang buat mereka. Moga kerukunan dan keharmonian rumah tangga sentiasa terpelihara. Dalam pada itu, pelajari juga tip-tip penyediaan hidangan yang terbaik untuk keluarga agar sajian air tangan anda memberi manfaat buat insan tersayang. Masaklah apa pun yang ringkas-ringkas janji sedap dan suami pun tambah sayang:-)

Bila Masak mulakan Dengan Lafaz Bismillah
Islam menyarankan umatnya supaya mengamalkan lafaz bismillah dalam setiap perbuatan yang dilakukan bagi memperolehi keberkatan.Kita sebagai isteri dan ibu praktikkanlah cara tersebut untuk menyedapkan makanan sekali gus membuatkan anak-anak serta suami sentiasa mengingati sajian yang kita sediakan. Selain memperolehi keberkatan, cara ini juga mampu menghindarkan kemudaratan yang terdapat dalam masakan.

Siram Bahan Masakan Sebelum Dimasak
Kita sedar atau tidak, setiap bahan yang ingin dimasak perlu disiram atau dibersihkan dengan air biarpun telah dibersihkan. sebagai contoh ikan, daging atau ayam yang telah siap dipotong pasti dibersihkan. Seeloknya, sebelum di masukkan ke dalam kuali atau periuk, siramlah dengan air bersih kerana mungkin tanpa disedari, bahan tersebut telah dicemari kuman sewaktu ia dibiarkan seketika. Apabila semuanya bersih dan selamat, nescaya menu yang dihidangkan juga lazat.

Kurangkan Penggunaan Garam Dan Gula
Melihatkan makanan yuang lazat sudah cukup membuka selera biarpun lidah belum lagi merasanya tetapi sebaik dijamah ke mulut, rasa yang diinginkan gagal ditepati. Mungkin terlebih garam, gula mahupun bahan perasa membuatkan nafsu makan terbantut seketika. Bagi mengembalikan selera yang kian hilang maka masaklah dengan kuantiti yang sederhana. Maksudnya di sini, kurangkan penggunaan garam dan gula ketika proses penyediaannya.

Belajar Masak Menu Kegemaran
Biarpun baru sebulan dua mendirikan rumah tangga, anda seharusnya peka kepada makanan kegemaran pasangan. Kalau tidak ditanya maka lihatlah pada menu yang sering dipesan sewaktu kalian menjamu selera di restoran pilihan. Belajar menyediakan makanan yang digemari dan hidangkan ketika makan bersama di rumah. Berbaloi penat di dapur apabila melihat suami dan anak-anak berselera dengan masakan yang dihidangkan. Inilah yang dikatakan pengikat kasih sayang. Pengorbanan yang sedikit membuahkan kepuasan yang berganda.
Wednesday 6 March 2013

6 Makanan Penambah Semangat

Ada hari yang akan muncul perasaan kurang bersemangat untuk melalui hari-hari anda, sama ada di tempatkan kerja atau menguruskan rumah tangga. Boleh jadi kerana stres, masalah atau pun faktor  kesihatan. Keadaan ini menyebabkan diri berasa malas dan bosan. Jika anda terasa begini ada baiknya anda memasukkan sumber  makanan di bawah ini yang disebut sebagai makanan penambah semangat untuk mengaktifkan hari anda.                                           


1. Kentang Manis
    Kentang manis merupakan kudapan alternatif  yang sihat kerana kaya dengan folat    
    sehingga  dapat menstabilkan gula darah.

2. Kacang
    Kudapan ini merupakan salah satu sumber terbaik mineral selenium yang akan 
    memperbaiki emosi dan meredakan kecemasan.

3. Ikan
    Ikan seperti sardin dan makarel kaya dengan asid  lemak omega 3 yang membantu
    otak untuk meningkatkan suasana hati dan meningkatkan konsentrasi.

4. Telur
    Telur adalah sumber zink yang membantu anda untuk merasa lebih terjaga dan    
    bertenaga dengan mengatur metabolisme dan darah.

5. Yogurt
     Yogurt kaya dengan kalsium dan protein sehingga bagus untuk mengurangi perubahan 
     suasana hati, depresi dan kecemasan.

6. Bayam
    Bayam kaya dengan zat besi sehingga akan memberikan kita tenaga yang mengatasi 
    kelelahan dan meningkatkan konsentrasi. Bayam juga merupakan sumber vitamin B6 
    dan folat yang penting untuk menyokong kemampuan otak dalam menghasilkan 
    neurotransmitter sehingga dapat memperbaiki emosi 
Monday 4 March 2013

Tip Malam Pertama Dalam Islam



Malam pengantin bagi pasangan suami isteri hendaklah penuh dengan suasana kelembutan, kasih sayang dan kesenangan. Malam yang menghubungkan suami dengan isterinya dengan tali kasih sayang dan cinta serta menjadikan isterinya merasa tenang dengannya.

Berikut adalah beberapa adab yang diajar oleh ajaran Islam untuk membentuk kehidupan baru, semoga bermanfaat :


Kebenaran niat

Hendaklah niat suami isteri untuk menikah adalah untuk menjaga kehormatannya, berdasarkan sabda Rasulullah saw, ” Tiga orang yang memiliki hak atas Allah menolong mereka : seorang yang berjihad dijalan Allah, seorang budak (berada didalam perjanjian antara dirinya dengan tuannya) yang menginginkan penunaian dan seorang menikah yang ingin menjaga kehormatannya. ” (HR. Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim dari hadits Abu Hurairoh)


Berhias dan mempercantik diri.

Hendaknya seorang isteri mempercantikkan dirinya dengan apa-apa yang dibolehkan Allah swt. Pada dasarnya hal ini dibolehkan kecuali terhadap apa-apa yang diharamkan oleh dalil seperti mencabuti alis dan bulu diantara keduanya atau mengeroknya, menyambung rambut dengan rambut lain, mentato, mengikir gigi agar lebih cantik. Diharamkan baginya juga mengenakan pakaian yang diharamkan baik pada malam pengantin maupun di luar malam itu. Diperbolehkan baginya menghiasi dirinya dengan emas dan perak sebagaimana biasa dikenakan kaum wanita.

Begitu juga dengan si suami hendaknya memperhiaskan dirinya untuk isterinya kerana hal ini merupakan bahagian dari menggaulinya dengan cara yang baik. Firman Allah swt : 
“ Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. ” (QS. Al Baqoroh : 228)
Namun demikian hendaknya upaya menghias diri ini tetap di dalam batasan-batasan yang dibenarkan. Tidak dibolehkan baginya mengenakan cincin emas kecuali perak. Tidak dibolehkan baginya mencukur jenggot, memanjangkan pakaiannya hingga ke tanah, mengenakan sutera kecuali tehadap apa-apa yang dikecualikan syariat.


Lemah lembut terhadap isterinya saat menggaulinya

Diriwayatkan oleh Ahmad didalam al Musnad dari Asma binti Yazid bin as Sakan berkata, ” Aku pernah merias Aisyah untuk Rasulullah saw lalu aku mendatangi beliau saw dan mengajaknya untuk melihat kecantikan Aisyah. Beliau saw pun mendatanginya dengan membawa segelas susu lalu beliau meminumnya dan memberikannya kepada Aisyah maka Aisyah pun menundukkan kepalanya kerana malu. Asma berkata,”Maka aku menegurnya. ” Dan aku katakan kepadanya, ” Ambillah (minuman itu) dari tangan Nabi saw. ” Asma berkata, ” Maka Aisyah pun mengambilnya lalu meminumnya sedikit. ”


Mendoakan isterinya.

Hendaklah suami meletakkan tangannya di kening isterinya dan mengatakan seperti yang disabdakan Rasulullah saw, ” Apabila seorang dari kalian menikah dengan seorang wanita atau membeli seorang pembantu maka hendaklah memegang keningnya lalu menyebut nama Allah azza wa jalla dan berdoa memohon keberkahan dengan mengatakan : Allahumma Innii Asaluka Min Khoiriha wa Khoiri Ma Jabaltaha Alaihi. Wa Audzu bika Min Syarri wa Syarri Ma Jabaltaha Alaih — Wahai Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan dari apa yang Engkau berikan kepadanya serta Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau berikan kepadanya.. ”

Melaksanakan solat dua rakaat

Diriwayatkan Ibnu Syaibah dari Ibnu Masud, dia mengatakan kepada Abi Huraiz,”Perintahkan dia untuk solat dua rakaat di belakang (suaminya) dan berdoa, ” Allahumma Barik Lii fii Ahlii dan Barik Lahum fii. Allahummajma’ Bainanaa Ma Jama’ta bi Khoirin wa Farriq Bainana idza Farroqta bi Khoirin—Wahai Allah berkahilah aku didalam keluargaku dan berkatilah mereka didalam diriku. Wahai Allah satukanlah kami dengan kebaikan dan pisahkanlah kami jika Engkau menghendaki (kami) berpisah dengan kebaikan juga. ”


Apa yang dikatakan ketika melakukan jima’ atau saat menggauli isterinya.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahwa Nabi saw bersabda, ” Apabila seorang dari kalian mendatangi isterinya maka hendaklah dia berdoa,”Allahumma Jannibna asy Syaithon wa Jannib asy Syaithon Ma Rozaqtana - Wahai Allah jauhilah kami dari setan dan jauhilah setan dari apa-apa yang Engkau rezekikan kepada kami - sesungguhnya Allah Maha Mampu memberikan buat mereka berdua seorang anak yang tidak boleh dicelakai setan selamanya. ”

Diharamkan baginya menyiarkan hal-hal yang rahsia di antara suami isteri

Diriwayatkan oleh Ahmad dari Asma binti Yazid yang saat itu duduk dekat Rasulullah saw bersama dengan kaum laki-laki dan wanita lalu beliau saw bersabda, ” Boleh jadi seorang laki-laki menceritakan apa yang dilakukannya dengan isterinya dan boleh jadi seorang istri menceritakan apa yang dilakukannya dengan suaminya.” Maka mereka pun terdiam. Lalu aku bertanya, ” Demi Allah wahai Rasulullah sesungguhnya kaum wanita melakukan hal itu begitu juga dengan kaum laki-laki mereka pun melakukannya.” Beliau saw bersabda,”Janganlah kalian melakukannya. Sesungguhnya hal itu bagaikan setan laki-laki berhubungan dengan setan perempuan di jalan lalu (setan laki-laki) menutupi (setan perempuan) sementara orang-orang menyaksikannya. 


Berwudhu diantara dua jima’ meskipun mandi adalah lebih utama

Apabila seorang suami menggauli isterinya lalu dia ingin kembali mengulanginya maka yang paling utama baginya adalah berwudhu sehingga dapat mengembalikan tenaganya, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Said al Khudriy berkata, ” Rasulullah saw bersabda,’Apabila seorang dari kalian menggauli isterinya kemudian dia ingin mengulanginya lagi maka berwudhulah di antara kedua (jima) itu. ”

Didalam sebuah riwayat, ” Seperti wudhu hendak solat. ” (HR. Muslim) Abu Naim menambahkan,” Sesungguhnya hal itu akan mengembalikan tenaganya.”

Mandi lebih utama, sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud dari Rafi’ bahwa Nabi saw mengelilingi para isterinya dan mandi ketika (hendak menggauli) isteri yang ini dan juga dengan yang isteri ini. Dia berkata, ” Aku bertanya kepadanya,’Wahai Rasulullah apakah tidak cukup hanya dengan sekali mandi?’ beliau saw menjawab,”Ini lebih suci. Lebih wangi dan lebih bersih. ”

Sebaik-baiknya bagi orang yang ingin tidur dalam keadaan junub hendaknya berwudhu dengan wudhu seperti untuk solat terlebih dahulu, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Ibnu Umar bahwa Umar berkata,” Wahai Rasulullah apakah seorang dari kami tidur sementara dia dalam keadaan junub?’ beliau saw menjawab,”Ya, hendaklah dia berwudhu.” Di dalam sebuah riwayat,” Berwudhu dan cucilah kemaluanmu lalu tidurlah. ”

Wudhu ini merupakan sebuah anjuran dan bukan sebuah kewajiban, sebagaimana diriwayatkan oleh Umar ketika bertanya kepada Rasul saw, ” Apakah seorang dari kami tidur sementara dirinya junub?” beliau saw menjawab,”Ya dan hendaklah dirinya berwudhu jika mau. ”. Diriwayatkan oleh Ashabus Sunan dari Aisyah berkata, ” Rasulullah saw pernah tidur dalam keadaan junub tanpa menyentuh air hingga dia terbangun setelah itu dan mandi. ”

Dibolehkan pula untuk bertayammum, sebagaimana diriwayatkan oleh Baihaqi dari Aisyah berkata, ” Rasulullah saw jika dirinya junub dan hendak tidur maka dia berwudhu atau bertayammum. ”


Mandi berduaan

Dibolehkan bagi suami isteri untuk mandi secara bersama-sama dalam satu wadah, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Aisyah berkata,” Aku mandi bersama Rasulullah saw dari satu wadah antara diriku dengan dirinya. Tangan kami saling bergantian berebutan sehingga aku mengatakan, ” tinggalkan (sedikit air) buatku, tinggalkan buatku.” Dia berkata, ” Mereka berdua dalam keadaan junub. ”

Dari hadith diatas maka diperbolehkan keduanya telanjang dan saling melihat aurat satu dengan yang lainnya.
Didalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah dari Muawiyah bin Haidah berkata,” Aku berkata,’Wahai Rasulullah. Apa yang dibolehkan dan dilarang dari aurat kami?’ beliau menjawab,”Jagalah auratmu kecuali terhadap istri atau budakmu. ” Maka dibolehkan bagi salah seorang dari pasangan suami isteri untuk melihat seluruh badan pasangannya dan menyentuhnya hingga kemaluannya berdasarkan hadith ini, kerana kemaluan adalah tempat kenikmatan maka dibolehkan melihat dan menyentuhnya seperti bahagian tubuh lainnya.


Bersenda gurau dengan isteri

Dibolehkan bersenda gurau dan bermain-main dengan isterinya di tempat tidur, sebagaimana sabdanya saw : ”Mengapa bukan dengan gadis maka engkau boleh bermain-main dengannya dan dia boleh bermain-main denganmu. ” (HR. Bukhori dan Muslim) dan didalam riwayat Muslim,”Engkau akan bahagia dengannya dan dia pula akan bahagia denganmu.”

Diantara senda gurau dan mempergaulinya dengan baik adalah ciuman suami walaupun bukan untuk jima’. Rasulullah saw mencium dan menyentuh isteri-isterinya meskipun mereka dalam keadaan haidh atau beliau mencium dan menyentuhnya meski beliau sedang dalam keadaan puasa.

Sebagaimana terdapat didalam ash Shahihain dan lainnya dari Aisyah dan Maimunah bahkan juga diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari Aisyah berkata, ” Nabi saw mencium sebahagian isteri-isterinya kemudian beliau keluar menuju solat dan tidak berwudhu lagi. ” Ini sebagai dalil bahwa mencium istri tidaklah membatalkan wudhu.


Dibolehkan ‘Azal

Dibolehkan bagi seorang suami untuk melakukan ‘azal iaitu mengeluarkan air maninya di luar kemaluan isterinya, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Jabir bin Abdullah berkata, ” Kami melakukan ‘azal sementara al Qur’an masih turun.” Di dalam sebuah riwayat, ” Kami melakukan ‘azal pada masa Rasulullah saw dan hal ini sampai kepada Nabi saw dan beliau saw tidaklah melarangnya. ”

Meskipun demikian yang paling utama adalah meninggalkan ‘azl kerana hal itu dapat mengurangi kenikmatan baginya dan bagi isterinya dan kerana hal itu juga dapat menghilangkan tujuan dari pernikahan iaitu memperbanyakkan keturunan umat ini, berdasarkan sabda Rasulullah saw, ” Nikahilah oleh kalian (wanita-wanita) yang dapat mendatangkan anak lagi mendatangkan kasih sayang. Sesungguhnya aku akan membanggakan banyaknya (jumlah) kalian di hadapan semua umat pada hari kiamat. ”

Akan tetapi tidak diperbolehkan bagi seorang muslim melakukan ‘azal selamanya kerana dapat membatasi dan mencegah keturunan…..

Mengunjungi kerabat pada pagi harinya

Dianjurkan baginya pada pagi harinya untuk mengunjungi kaum kerabatnya yang telah memenuhi undangannya..

Berdasarkan hadith Anas berkata, ” Rasulullah saw mengadakan pesta saat menikah dengan Zainab. Kaum muslimin dikenyangkan dengan roti dan daging. Kemudian beliau saw keluar menemui ibu-ibu kaum mukminin (isteri-isterinya saw) dan mengucapkan salam kepada mereka, mendoakan mereka dan mereka pun menyambut salamnya dan mendoakannya, beliau lakukan itu pada pagi hari setelah malam pengantinnya.”

*Semoga bermanfaat untuk dikongsikan....

Wednesday 27 February 2013

Wanita Kena Bijak Memilih Rakan Berkongsi Masalah Rumah Tangga


Pada hari ini ramai dari kalangan kita gemar berkongsi rahsia  atau masalah rumah tangga dengan rakan-rakan dan jiran berbanding dengan ibubapa atau adik beradik sendiri. Tak kisahlah nak kongsi rahsia apa pun atau nak mengadu masalah rumah tangga kepada rakan-rakan atau jiran,setiap individu mempunyai pilihan sendiri sama ada nak kongsi dengan rakan-rakan, jiran atau ahli keluarga. Tapi apa yang penting kita mesti pastikan tempat nak berkongsi rahsia atau masalah adalah orang yang benar-benar boleh dipercayai terutamanya  jika nak berkongsi masalah rumah tangga sendiri.

Siapa yang tak sayangkan rumah tangga. Berkahwin bagi wanita cukup hanya sekali. Kalau boleh biar ajal yang memisahkan suami isteri. Namun percaturan hidup dalam perkahwinan memang banyak likunya. Hati kena kuat, jiwa kena tabah jika mahu rumah tangga kekal utuh sampai akhir hayat. Jangan sesekali mengutip cerita yang tak pasti di tepi-tepi jalan atau di tangga rumah-rumah jiran. Kita bimbang apa yang dikabarkan oleh orang lain boleh membawa akibat buruk pada rumah tangga kita sendiri. Jika cerita yang disampaikan mengenai suami sendiri, jangan sesekali mengiakan dengan terus mempercayainya. Jangan biarkan orang lain lebih tahu siapa pasangan kita berbanding diri kita sendiri. Apa yang diceritakan itu, ambil untuk cari kebenaran dan menyelesaikannya dengan bijak. Umpama menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus, tepung pula tidak berselerak.

Ini kerana jika kita membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah tangga kita, belum tentu perkara mudah dapat diselesaikan dengan mudah. Bimbang perkara mudah menjadi kusut dan perkara kusut langsung tak jumpa punca penyelesaiannya dan terus terputus. Jika bermasalah, lihatlah dulu siapa rakan kongsi yang boleh diluahkan perasaan untuk melegakan hati. Takut jika tersalah tempat meluah perasaan, bukan hati semakin lega tetapi bara makin panas kerana diapi-apikan oleh tuan penasihat.

Tempat pertama yang patut anda tuju adalah hati sendiri. Selidik sedalam-dalamnya dengan tenang. Ramai yang berkata, ubat paling mujarab adalah diri sendiri. Apalagi dalam soal merawat penyakit di dalam jiwa. Orang lain hanya boleh berkata ‘Bersabarlah’, ‘kesiannya’ atau paling tidak pun memberi kata-kata motivasi. Selebihnya terpulang pada diri sendiri. Adakah kita kuat menerima ujian atau sanggup membiarkan diri roboh terkulai dek tidak mampu menahan gelora hati.

Tempat lain untuk mencari ketenangan selepas berkomunikasi dengan diri sendiri adalah keluarga, terutama ibu (jika masih ada). Kerana tidak ada seorang pun mahu anaknya dilanda ribut dalam rumah tangga. Merekalah tuan penasihat yang jujur dan ikhlas, biarpun ada segelintir kecil ibu yang ‘terlupa’ peranannya sebagai tempat anak mengadu.

Jiran bukanlah tempat yang tepat untuk kita bercerita masalah rumah tangga. Biarpun Islam amat menganjur agar kita menjalinkan hubungan baik dengan jiran tetangga, tetapi urusan yang satu ini, tak perlu dikongsi bersama. Sayangi jiran tidak semestinya dia harus tahu semua kemelut kita, kecuali kita memang mempunyai jiran yang benar-benar jujur dan kita tahu kejujurannya dalam menyimpan rahsia. Kita bimbang menceritakan masalah dalam rumah tangga kepada orang yang kita tidak pasti keikhlasannya akan memburukkan keadaan, malahan ia boleh menjadi seperti senjata makan tuan. Lebih baik simpan masalah itu dulu di dalam hati.

Oleh itu, pandai-pandailah kita membawa diri sebelum membongkar kisah peribadi. Kawan dan jiran yang baik pasti tahu had-had dan batasan mereka sebagi kawan dan jiran, termasuk diri kita yang menjadi jiran dan kawan kepada orang lain.

Tip Rumah Tangga Bahagia




i. Berkasih Sayang

ii. Saling Mengambil Berat

iii. Menghargai Perkahwinan

iv. Ada Senda Gurau

v. Selalu Berdoa Agar Rumah Tangga Sejahtera

vi. Saling Melengkapi Antara Satu Sama Lain

vii. Saling Percaya

viii. Saling Menghormati

" Seorang Musllimah dilahirkan ke dunia ibarat sebutir permata, apabila digilap akan memancarkan kilauan cahaya. Apabila diletak di tempat yang mulia akan disanjung sebagai permaisuri. Apabila dibekal dengan ilmu di dada akan menjadi cendekiawan bistari. Seorang muslimah akan dikenang sebagai suri sang jejaka, menjadi ibu kepada puteri dan putera dan menjadi pertiwi seisi buana."
Tuesday 26 February 2013

Resepi Perkahwinan Bahagia


Jom muslimah-muslimah sekalian kita buat resepi perkahwinan bahagia ini setiap hari. Pasti hasilnya lebih menarik dan tambah bahagia, InsyaAllah.

2 kg          penuh pegangan teguh kepada Tuhan dan ajaran agama
1 kg          rasa cinta dan kasih sayang yang sentiasa membara
1 kg          rasa kesyukuran dan ketakwaan
4 cawan    rasa tanggungjawab
3 cawan    daya penambat hati (daya tarikan termasuk penawar dan pelembut hati)
2 cawan    penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda
2 cawan    pati kemanusiaan
2 cawan    keyakinan diri masing-masing, dorongan dan sokongan
1 cawan    perasaan timbang rasa
1 cawan    tolak ansur dan toleransi atas segala kesilapan dan kelemahan-kelemahan 
                pasangan
2 gelas     ucapan terima kasih untuk disiram selalu
1 sukatan  peruntukan kewangan yang mencukupi
2 orang     anak kecil sekurang-kurangnya
4 cawan    penuh pengucapan maafkan daku ( ini juga sangat penting untuk kita jadikan 
                amalan diet kita
secubit     campur tangan mertua. Curahkan kerjasama yang perlu dan persediaan kerja 
                berpasangan dan perkongsian.


Cara Membuat Atau Mengamalkannya :

1. Kita adun dengan cermat semua bahan-bahan di atas dan asingkan rasa cemburu, curiga, 
    sikap mengkritik, sikap marah dan sakit hati.

2. Isingkan dengan bunga-bunga cinta yang segar dan panaskan dangan bara api kesetiaan 
    dan kejujuran

3. Hiaskan dengan dua orang anak kecil dan bolehlah ditambah mengikut selera dan 
    kemampuan diri masing-masing.

PERINGATAN : 
Jangan sekali-kali dihidangkan dengan sikap dingin dan lidah yang berbisa. Makanan kalau sesedap mana pun jika dihidangkan dengan sikap dingin akan menjadi hambar. Hiaskan dengan senyuman manis penuh kasih sayang.

CADANGAN :
Sesekali bawalah hidangan ini untuk dinikmati bersama di tempat peranginan ketika berbulan madu agar kemanisannya tetap kekal.

Seperti juga masakan, kita mesti menaruh serbuk perasa. Serbuk perasa resepi perkahwinan bahagia ialah keimanan, kesabaran dan kesungguhan kita untuk mencapai kebahagiaan tidak kira berapa besar pun pancaroba yang melanda. 

Laman Sosial Punca Keretakan Rumah Tangga


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah..hari ini aku masih di beri nafas dan kesempatan untuk menulis entry seterusnya. Terima kasih ku padaMu Ya Allah kerana engkau masih memanjangkan usia ku untuk bersama orang-orang yang aku sayang.

Baiklah, hari ini aku ingin bercerita sedikit mengenai laman web sosial yang menjadikan punca keretakan rumah tangga. Anda sedar atau tidak, pada masa kini seakan menjadi satu trend di kalangan rakyat Malaysia untuk memiliki sekurang-kurangnya satu akaun laman web sosial seperti Facebook, Twitter, Myspace dan sebagainya. Tapi tanpa disedari penggunaan laman web sosial ini telah mengancam keharmonian institusi perkahwinan. Lebih-lebih lagi apabila pasangan mula ketagih ' Berfacebook' sehingga mengabaikan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Tapi…tapi..tapi…bukan sahaja facebook,twitter,myspace yang menjadikan punca keretakan rumah tangga malah berblogging juga mampu mengancam keharmonian rumah tangga.Anda percaya atau tidak? Jom kita bincangkan sedikit kenapa blog boleh juga menyebabkan keretakan rumah tangga. Sama seperti ketagihan berfacebook, ada sesetengah orang ketagih berblogging sehingga tiada masa bersama suami atau isteri dan anak-anak. Apabila suami atau isteri terlalu asyik melayan blog sampai jam 3 pagi bukankah itu akan melukakan hati pasangannya(Obses Berblogging) sehingga menyebabkan komunikasi suami isteri renggang. Bila dah jadi macam itu, sudah tentu ianya menyumbang kepada keretakan rumah tangga.

Ada juga sesetengah orang menggunakan blog sebagai tempat untuk meluah tentang hal isteri atau suami, masalah rumah tangga dan sebagainya.Ada kalanya bukan sekadar berkongsi masalah sahaja tetapi juga melepaskan rasa geram dan meluahkan segala yang terpendam. Ada suami atau isteri yang tidak suka apabila kisah rumah tangga di paparkan lebih-lebih lagi dalam blog.Tanpa tidak di sedari hal ini boleh memberikan anda point  meretakkan rumah tangga sendiri. Kenapa?Apabila diketahui pihak suami atau isteri, ia akan mengundang kemarahan dan seterusnya mencetuskan pergaduhan hingga ada kalanya berlarutan membawa kepada penceraian.

Sebenarnya terpulang kepada setiap individu. Sama ada suami atau isteri, mereka perlu mempunyai kesedaran bahawa terdapat batasan yang perlu mereka ikuti. Kawalan ini sangat penting agar mereka tidak melakukan sesuatu di luar jangkauan hingga menggangu kerukunan rumah tangga.

Sebaiknya jangan disebarkan masalah rumah tangga kepada orang luar kerana rahsia rumah tangga tidak boleh diceritakan kepada orang lain memandangkan ia isu sensitif. Ia umpama membuka pekung di dada sendiri yang ada kalanya mengaibkan diri sendiri dan pasangan.



Panduan Facebook/Blog Untuk Suami Isteri

1.Niat Ikhlas Dan Baik                                                                                                      
Pastikan niat berfacebook atau berblog untuk kebaikan diri sendiri dan keluarga. Bukan untuk mencari keseronokan  semata-mata

2. Tetapkan Masa Tertentu
Pastikan masa yang sesuai untuk melayari facebook/ menulis entry dalam blog dan peruntukkan had masa tertentu. Jangan sepanjang masa hingga mengabaikan tanggungjawab sedia ada sama ada sebagai pekerja atau pelajar, juga sebagai suami atau isteri atau ibu bapa atau pun anak.

3.Utamakan Pasangan Dan Ahli Keluarga
Jangan jadikan facebook / blog keutamaan sebaliknya dalam kesibukan menggunakan internet atau facebook atau blog, letakkan pasangan atau ahli keluarga yang lain di takhta teratas.




Sunday 24 February 2013

Cara Elak Alahan Debu


Alergi terhadap Hama Debu Rumah (HDR) memang fenomena yang sangat biasa. Bahkan, HDR memainkan peranan yang sangat penting dalam menyeb bkan penyakit “allergic rhinitis” (AR)/alahan hidung, asma dan “eczema”

Bagaimana Anda Tahu Anda Menghidapi Alergi HDR

Semasa membersihkan bilik, menyapu lantai, menukar kain cadar, membersihkan buku- buku cerita lama kegemaran anda, atau memasuki persekitaran yang berhabuk, anda tiba-tiba mulai merasa hidung anda tersumbat dan meleleh. Mata terasa gatal dan air mata mula menitis sementara anda bersin tidak terhenti-henti.

Anda mungkin mempunyai alergi terhadap debu atau lebih tepatnya ... hama debu. 


Langkah Terbaik Agar Masalah Alahan Tersebut Tidak Lagi Menganggu 
  • Mulakan dengan menutup penghawa dingin terlebih dahulu dan mula membersihkan filter. Lakukan secara bersekala.
  • Kerap mencuci sarung bantal, selimut, cadar dan lapis sofa sekurang-kurangnya seminggu sekali. Ini bagi memastikan debu tidak terkumpul selama berhari-hari serta tidak menimbulkan alahan di kemudian hari.Basuh dengan air panas.
  • Pakai penutup muka “mask” semasa pembersihan untuk mengelakkan menghirup allergen (apa-apa bahan yang dapat menimbulkan reaksi alergi). 
  • Ketika berada di dalam rumah, pastikan tingkap yang menghadap secara langsung ke arah jalan dalam keadaan tertutup. Jika anda menggunakan penghawa dingin, pililah penghawa dingin yang berfungsi sebagai sirkulasi udara.
  • Duduk di rumah jika cuaca di luar panas, kering dan berangin. Ini kerana waktu begini merupakan waktu di mana kadar debu di udara paling tinggi
  • Hindari menjemur pakaian di luar rumah. Anda boleh menjemur pakaian di dalam kawasan rumah dengan dinding yang telus pandang
  • Setelah melakukan aktiviti di luar, pastikan mandi dengan segera dan bersihkan rambut bagi menghilangkan debu yang melekat. Kemudian pakailah pakaian yang bersih.

Kepentingan Simpan Susu Dengan Cara Yang Betul



Apa yang kita sedia maklum, susu dikenali sebagai minuman pelengkap yang berprotein dan juga kaya dengan kalsium. Meski susu memberi manfaat nutrisi bagi kekuatan tulang, namun kita juga harus ingat bahawa susu juga boleh menjadi tempat bagi bakteria untuk berkembang jika tidak disimpan dengan baik. Dibawah saya kongsikan beberapa tip cara penyimpanan susu, agar susu awet dan tetap selamat untuk diminum.

Tip Tata Cara Penyimpanan Susu
  • Untuk susu yang masa tertutup, anda boleh simpan di dalam peti sejuk. Tapi pastikan susu tersimpan dengan baik pada suhu 1- 4 °C. Dan pastikan susu yang diletak dalam peti sejuk ditempatkan pada bahagian tengah peti sejuk. Elakkan menyimpan susu pada bahagian pintu peti sejuk kerana ia akan membuat kualiti susu akan berkurang disebabkan suhu yang berubah-ubah ketika membuka dan menutup peti sejuk.
  • Bagi menyimpan susu tepung di dalam jumlah yang banyak, sebaiknya simpan susu di bekas yang tertutup rapat dan boleh juga di simpan dalam bekas kedap udara yang tertutup. Kemudian, letak dalam peti sejuk dengan suhu 10 - 15°C
  • Sebaiknya habiskan minum susu cair yang telah dibuka pada hari yang sama. Ini kerana, kebiasaan kita suka menuang susu dan kemudian memasukkannya semula ke dalam peti sejuk selama berhari-hari.Anda tahu tak, dengan cara inilah tanpa anda sedari akan menyebabkan susu rosak serta mudah dicemari bakteria.
  • Untuk susu pekat manis yang telah dibuka, simpanlah di dalam peti sejuk. Pastikan korang tidak menggunakannya lagi selepas 20 hari.
  • Jangan lupa untuk selalu memerhatikan tarikh luput susu setiap kali anda membelinya atau setelah beberapa hari penyimpanan.
* Kepada korang-korang sekalian pastikan susu masih berada dalam keadaan baik sebelum minum tau. Jaga pemakanan agar tidak memudaratkan diri sendiri.

Thursday 7 February 2013

Al-Fatihah untuk adik Ahmad Adam Syukri


Anda mesti ingat lagi pada adik Ahmad Adam Syukri, bayi kecil yang meruntun hati semua masyarakat. Dan  7 Februari 2013, adik adam telah kembali pada pencipta-Nya. Al-Fatihah buat adik Ahmad Adam Syukri.

Syurga menantimu di sana sayang...Sebak hati bila membaca dan menatap gambar anak kecik ini. moga Allah memberikan yg terbaik utknya..Allah sayangkan Adam sebab Adam seorang mujahid kecil yg tabah melawan penyakit.. takziah kepada Puan Noraisah dan suami di atas pemergian adik adam syukri.



Kepada sesiapa yang belum mengetahui kisah adik Adam Ahmad Syukri. Di bawah ada kisah megenai penyakit adik adam :

AHMAD ADAM SYUKRI lahir pada 4/3/2012 dan telah mengalami Brain Damaged Severe HIE atau lebih dikenali sebagai kerosakan pada saraf otak.

Adam lahir secara vacuum dan sewaktu kelahirannya Adam keluar dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen
Scan MRI pada 9/3/2013 menunjukkan otak dalam mengalami kerosakan yang amat teruk.
Adam tidak pandai menelan air liur dan bergantung pada mesin oksigen untuk terus hidup.
Perlu bergantung pada mesin suction kerana adik adam tidak pandai telan air liur untuk sedut air liur dalam ringga hidung dan mulutnya.
Mata kanan adam mengalami injured, begitu juga dengan telinga sebelah kanan yang tidak dapat mendengar kerana kerosakan pada bahagian dalam telinganya.
Doktor pakar otak mengesahkan adam akan terlantar seumur hidup dan peluang untuk berjalan dan hidup seperti kanak-kanak normal amat tipis.
Doktor pakar otak mengklasifikasikan kerosakan otak adam sebagai kematian saraf otak.




Khas Buat Suamiku


Suamiku yang tercinta,
Sekiranya ada benci yang tercipta,
Ada amarah mengundang sengketa,
Akibat kurangnya layanan adinda,
Berilah masa tuk dinda berusaha.

Suamiku yang disayangi,
Andai hatimu terguris luka,
Dek kata-kata menghiris jiwa,
Kerna perbuatan menghunus duka,
Maafkanlah daku yang tak sempurna.

Suamiku yang dikasihi,
Sekiranya suatu hari nanti,
Kasihmu tak lagi setebal kini,
Maka renung dan imbaslah kembali,
Mengapa kita bisa saling mengasihi.

Suamiku yang dirindui,
Andai ada dendam antara kita,
Sehingga cinta pun tak lagi bermakna,
Ku mahu kita kekal bersama,
Hidupkan kembali cinta yang telah sirna.




Ketika tanganmu ku kucup, hatiku penuh pengharapan agar kau ampunkan setiap dosa-dosaku, redhai aku sepanjang hidupku bersamamu. Aku masih lagi berusaha menambah ilmu dalam membina mahligai kita. Sungguh cetek pengetahuanku, sungguh sedikit nilai kesabaranku, adakah aku mampu membahgiakan mu? dapatkah aku menjadi isterimu yang paling solehah? Namun aku akan terus berusaha dan terus berusaha sehingga nafas terakhir ku untuk mewujudkan keluarga yang sakinah, mawadah, warahmah.







Friday 1 February 2013

Tips Hilangkan Rasa Sakit Ketika Senggugut




Actually, hari ini aku nak cerita dan kongsi sikit pasal sakit senggugut ni sebab aku pun mengalaminya even aku dah berkahwin tapi belum pernah melahirkan anak. Mungkin sebab tu la dari remaja hingga la aku dah kahwin setiap kali datang bulan aku mesti rasa sakit senggugut. Aku selalu juga dengar orang kata masa belum kahwin memang rasa sakit setiap kali datang bulan tapi bila dah kahwin dan lepas dah melahirkan ank sakit senggugut tu akan hilang sebab masa proses melahirkan ank semua darah kotor dalam rahim dah terbuang. Kita sebagai perempuan semestinya tahu pasal penyakit ni dan yang lebih penting hanya perempuan je tahu kesakitan bila kena sengugut ni . Bila setiap kali datang bulan mesti akan rasa sakit, sampai guling2 atas katil, sekeliling pinggang pula terasa amat sakit..emosi jgn cakap la sentiasa moody memanjang. Kesakitan ni menggangu tugas2 harian ku di rumah mahupun tugas2 di office.

Kalau korang nak tahu, sakit perut ketika haid ini dikenali sebagai senggugut ataupun terminologi perubatannya ialah "dysmenorrhoea". Senggugut ni sebenarnya bukan sekadar kekejangan teruk ketika haid, tetapi ia turut menjadi petanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan endometriosis( tp aku tak buat pemeriksaan pun). Senggugut ni ada dua jenis iaitu senggugut primer dan sekunder. Senggugut primer adalah disebabkan oleh pengeluaran prostaglandin yang menyebabkan pengecutan rahim yang kuat. Kesakitan senggugut ini berlaku hanya untuk satu atau dua hari saja sewaktu pendarahan haid. Manakala senggugut sekunder pula disebabkan oleh endometriosis (wujudnya sel endometrium di luar rahim dan berlaku pendarahan di dalam perut) atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan bertahan sepanjang pendarahan haid.

Biasanya kalau sakit, aku tak telan ubat tahan sakit sebab tak elok kalau kita kerap makan panadol bila setiap kali datang haid. Lagi pun bab2 ubat bagai aku memang tak makan kecuali sakit yang teramat sangat. Selagi aku masih boleh tahan sakit(apa2 je la sakit), aku akan tahan tanpa makan ubt dengan mencari altenatif lain dengan cara tidur kecuali sakit yang aku memang dah tak boleh tahan punya baru aku makan ubt. Dalam setahun boleh kira guna jari je aku makan ubat hihi. Menurut kajian yang telah aku cari makan ubat dengan kerap tak baik untuk kesihatan ia akan memberi effect kepada organ hati dan buah pinggang kita.

So, dekat sini ada beberapa tips yang sering aku lakukan bagi hilangkan rasa sakit senggugut ni. Sekadar ingin berkongsi sahaja especially kepada kaum2 perempuan. Sharing is caring right?

Sedikit tips hilangkan sakit senggugut:

1) Panaskan air. Cari la botol mineral yang kecil atau besar letak air yang panas tadi (campur sedikit air sejuk supaya botol tak kemek ) . Ambil botol mineral yang suam2 tadi letak kat atas perut. Insyaallah dapat mengurangkan sedikit rasa sakit.

2) Elakkan minum minuman bergas dan minum minuman berais, lebihkan minum air suam/panas atau air kosong

3) Makan la makanan yang panas2 dan berkuah (aku makan bakso je sb sup dia panas2) 

4) Minum air yang ada halia sebab halia boleh membantu lancarkan darah dan hangatkan badan. Kalau rajin buat teh o halia atau air halia kosong(aku selalu praktikan minum minuman ni even dekat office aku akan tapau teh o halia). Hasilnya Alhamdulillah.

5) Pastikan badan sentiasa hangat. Sapu la apa2 pun minyak kat kaki, jari2 dan sapu juga minyak kat perut dan pinggang(jgn letak minyak masak pula)

6) Cara ni memang aku selalu praktikkan iaitu tidur. Tidur adalah cara untuk menghilangkan rasa sakit senggugut. Biarkan rasa sakit tu sampai tertidur dengan sendirinya, insyaallah lepas bangun akan berkurang kesakitan tersebut.


*Kalau nak makan ubat pun boleh. Ubat panadol menstrual yang kaler pink tu(aku tak makan ubat) dan lebih baik jumpa doktor.

Itu sahaja la tips yang aku ingin kongsikan bersama korang . Tips2 diatas aku selalu praktikan bila sakit senggugut. Alhamdulillah rasa sakitnya hilang walaupun hanya untuk beberapa jam sahaja. Tapi sekurang2nya kita tak menanggung sakit tersebut selama 24 jam. Mungkin setiap orang caranya berbeza untuk menangani kesakitan senggugut. Kalau ada sesiapa nak kongsi tips selain dari yang aku praktikan diatas boleh la kongsi bersama (komen dan sebarang cadangan anda amat dialu-alukan)

Thursday 31 January 2013

Luahan Hati Seorang Muslimah



Assalamualaikum...


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, Hari ini Allah masih memberi aku peluang untuk bernafas di bumi yang hanya sementara. Dan syukur ku kepada Mu Ya Allah kerana memberi aku kesihatan anggota tubuh badan untuk menulis entry seterusnya :-).Dengan itu, kita bertemu lagi dalam entry yang aku kata nak kongsi ilmu bersama dengan korang semua tu:-).Actually,semalam tengah duk buat kerja depan computer, gatal la pula jari-jemari nie nak buka blog beautifulnara, alah saja nak baca perkembangan artis kita skrg ni. Masa nak buka tu aku ternampak satu artikel agak menarik bagi aku yang aku rasa boleh di kongsikan bersama. Aku tahu ramai yang dah duk baca dan komen2 artikel ni tapi aku tetap nak juga masukkan dalam entry aku ni hihi… (Excited gitu) sb aku suka sgt artikel ni dan apa yang penting aku nak kongsi pandangan dengan korang semua.Aku dah bagi pandangan sikit dlm blog beautifulnara tau tapi pendek je lah sb nak bagi laluan org lain pula bagi pandangan( baikkn aku hihi..puji diri sendiri nampak).Tapi dalam blog ni aku boleh tulis pandangan aku panjang2 sampai 3 page may be dan korang semua di alu-alukan untuk berkongsi pandangan. Sharing is caring right?…that’s why la aku tetap juga nak masukkan artikel ni dalam blog aku even korang semua dah baca.Tapi tak la sampai 3 page kot hihi..takut korang boring pula duk baca entry yang panjang menjela-jela:-)

Kat bawah ni aku copy ‘Luahan Hati Seorang Muslimah Buat Majalah Hijabista’ from beautifulnara blog. Jom muslimah-muslimah sekalian kita baca luahan hati seoarang muslimah yang peka dan berani meluahkan hatinya yang risau tentang trend tudung2 sekarang..


..............................................................................................................................................................................................
Dear Hijabista ( @hijabistamag) , Hijabister


I am writing to express my concern over the portrayal of ‘hijab’ women in your magazine. I believe in the concept of modesty accompanying the muslimah attire (the hijab included) is a fundamental core one must embrace. The Hijab is not a replacement of the ‘hair’ we cover. The hijab isn’t just a cloth or layers of cloth on your head. It comes with a package. Of intellect, manners and adab. It is a symbol of the believing women, her ‘modesty’- A sign of dignity and pride. Your magazine bears no sign of ‘modesty’ and I say this clearly, this is definitely very WRONG! Portraying hijab women and “doll-ing” them up like models in Vogue but then only to cover her hair is an absolute disgrace and mockery to us the believing women. What more the women and cover girls who allow themselves to be exploited as an object and fool themselves into thinking they are on their ‘Deen’ and pleasing Allah by just covering their hair… How can you even think you are pleasing Allah with all that make up, ridiculous styles whilst purposely showing off your beauty and body. Your magazine just as the likes of vogue and cosmopolitan has NO intellectual nor spiritual dimensions to it except to brainwash and create an unnecessary desire to the ‘hijabisters’ to own more and more stuff. In reality, a real, true believing women DOES not need to display her adornments to entice others. The believing woman has self confidence that what is INSIDE her heart and MIND will indeed be of much more value than all the silly bangles, sunglasses, shoes and handbags you bombard the pages of your magazine with. Your magazine corrupts young, sincere minds into foolishly thinking that they are more beautiful with more shoes, accessories or ridiculous tudung styles they do not need. The best garments as the Quran states is Taqwa. And tell me where, in which page of your magazine do you propagate this message? None, not one I’m afraid. It is clearly a consumer driven magazine casting a spell with women, where one will then start to wish on owning and buying or to ‘copy’ the ‘Photoshop-ed’ girls you portray. I am afraid you are only destroying the hijab sisters filling their minds with superficial beauty. Please take a sincere step back and help many lost sisters out there to care more about diseases of their hearts instead of merely emphasizing a message of “what is important is how you look and tie your tudung’



Sincerely,

A worried Muslimah

............................................................................................................................................................................................


I totally support Ms. Worried Muslimah, Muslim apparel or clothes makes me worry as well. Actually, majalah hijabista ni memang aku tak pernah beli..nampak kat kedai je. Lagi pun aku rasa majalah ni tak sesuai di jadikan panduan untuk aku pakai tudung, lebih-lebih lagi fesyen tudung dalam majalah ni tidak mengikut syariat. Aku suka juga fesyen2 ni tapi bab tudung berbelit-belit ni memang aku tak reti nak pakai dan tak suka pakai pun hihi. Aku menghargai usaha mereka untuk berfesyen but aku rasa ada yang tak kena. It's too much. The makeup, the clothes, the accessories and also the tudung.


Bagi pandangan aku la, berhijab biarlah kena pada caranya selari dengan konsep hijab itu sendiri iaitu hijab dari segi bahasa adalah bersifat menutup, melindungi dan mencegah. Manakala dari segi syar’ (istilah) adalah seseorang wanita yang menutup tubuh dan perhiasaannya sehingga orang asing (yang bukan tergolong dari mahramnya) tidak melihat sesuatu pun dari tubuhnya dan perhiasan yang dia kenakan sebagaimana yang diperintahkan supaya ditutup (dihijab). Iaitu ditutup/ dihijab dengan pakaiannya. Wanita mukmin berhijab dengan mengenakan khimar (kain tudung/ penutup kepala) yang dilabuhkan sehingga ke dada-dada mereka dan dengan mengenakan jilbab yang menutup seluruh tubuh mereka.



Tapi aku risau mungkin ramai yang tak tahu lagi konsep sebenar berhijab. Masih ramai remaja dan wanita-wanita di luar yang masih tidak dapat membezakan fesyen mana yang berlandaskan hukum syariah .Tambahan pula mereka di dorong dengan pelbagai fesyen yang terdapat dalam majalah-majalah yang ada di pasaran sekarang.Kebanyakkan majalah memasukkan gambar model yang makeup tebal seinci dengan pakaian yang kononnya ‘berkonsepkan muslimah’. What? Berkonsepkan muslimah dengan makeup tebal entah dah berapa inci, tudung belit sana belit sini sampai nampak bahagian dada. Ada pula yang pakai tudung, tudung tu di masukkan dalam baju dan keluarkan pula rantai yang panjang oh my god (bila aku nampak orang pakai mcm ni aku geli hati tau tapi dalam masa yg sama aku sedih).Korang nak tahu kenapa aku jadi geli hati bila tgk org pakai mcm tu huhu pakai tudung dan masukkan tudung dlm baju and then keluarkan rantai mesti ada motifnya. Jeng..jeng..jeng, motifnya ialah nak bagi orang lain nampak rantai dia yang bling2 dan mahal tu (Aku ada..Kau ada?..xde kan ) emm lebih kurang mcm tu la.Dalam masa yang sama, aku sedih jugalah dengan mereka-mereka ni terlalu taksub dan rakus untuk tampil cantik..nak cantik boleh tapi bersederhanalah ketika berhias sesungguhnya sederhana itulah yang dituntut.Jika ia menarik perhatian lelaki ajnabi dan menimbulkan fitnah itu dikira berdosa.Berhiaslah untuk suami pasti dapat pahala:-)



Islam mewajibkan umatnya berpakaian menutup aurat. Tidak kiralah pakaian apa yang korang nak pakai. Tetapi syaratnya warna tidak menarik perhatian, kain yang digunakan tidak jarang sehingga menampakkan warna kulit dan rambut bagi perempuan, pakaian atau seluar yang dipakai tidak ketat hingga menampakkan susuk tubuh serta jangan ada unsur riyak atau menunjuk-nunjuk apabila memakainya. Tudung yang dipakai pun ikut suka hati koranglah cara memakainya, nak berbelit-belit ke, ada awning ke atau bagaimana, tetapi bahagian bawah dagu, leher, tengkuk dan labuh tudung hendaklah melepasi/menutup dada korang dalam keadaan longgar. Dekat bawah ni aku selitkan beberapa image Adab Menutup Aurat dan Antara Kesalahan Wanita Ketika Menutup Aurat. Boleh la kita jadikan panduan berpakaian. Better, pakai lah pakaian seperti image adab menutup aurat di bawah ni. Walaupun hati rasa sukar nak pakai pakaian mcm nie tapi cubalah, insya Allah mesti boleh.

Adab Menutup Aurat


Antara Kesalahan Wanita apabila Menutup Aurat



Alhamdulillah dengan adanya luahan hati dari 'Worried Muslimah' akan membuka mata wanita yang berhijab di luar sana supaya dapat membezakan fesyen mana yang berlandaskan syariah islam.

Ingatlah,selagi bumi ini berputar, trend fesyen akan terus berubah. Jika kita akur pada tuntutan berfesyen, korang akan jadi stress kerana fesyen. Jika anda tidak mengikuti perkembangan fesyen semasa, korang pasti dicop ketinggalan zaman(xpe yang penting redha Allah). Sebaliknya jika korang berpakaian kerana memenuhi tuntutan agama, peduli apa dengan fesyen..janji ALLAH redha dengan apa yang kita pakai. Redha ALLAH itu lebih bernilai dari dunia dan seluruh isinya ini. Fesyen tak kan membawa kita ke mana tapi redha Allah itu akan membawa kita sampai ke syurga, Insya Allah.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tulis Dan Search Aje

Followers

Powered by Calendar Labs
Powered by Blogger.

Tags

Popular Posts

Jumlah Orang Intai-intai:-)