Tuesday, 26 February 2013
Laman Sosial Punca Keretakan Rumah Tangga
23:02
|
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah..hari ini aku masih di beri nafas dan kesempatan untuk menulis entry seterusnya. Terima kasih ku padaMu Ya Allah kerana engkau masih memanjangkan usia ku untuk bersama orang-orang yang aku sayang.
Baiklah, hari ini aku ingin bercerita sedikit mengenai laman web sosial yang menjadikan punca keretakan rumah tangga. Anda sedar atau tidak, pada masa kini seakan menjadi satu trend di kalangan rakyat Malaysia untuk memiliki sekurang-kurangnya satu akaun laman web sosial seperti Facebook, Twitter, Myspace dan sebagainya. Tapi tanpa disedari penggunaan laman web sosial ini telah mengancam keharmonian institusi perkahwinan. Lebih-lebih lagi apabila pasangan mula ketagih ' Berfacebook' sehingga mengabaikan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
Tapi…tapi..tapi…bukan
sahaja facebook,twitter,myspace yang menjadikan punca keretakan rumah tangga
malah berblogging juga mampu mengancam keharmonian rumah tangga.Anda percaya atau
tidak? Jom kita bincangkan sedikit kenapa blog boleh juga menyebabkan keretakan
rumah tangga. Sama seperti ketagihan berfacebook, ada sesetengah orang ketagih
berblogging sehingga tiada masa bersama suami atau isteri dan anak-anak.
Apabila suami atau isteri terlalu asyik melayan blog sampai jam 3 pagi bukankah
itu akan melukakan hati pasangannya(Obses Berblogging) sehingga menyebabkan
komunikasi suami isteri renggang. Bila dah jadi macam itu, sudah tentu ianya
menyumbang kepada keretakan rumah tangga.
Ada
juga sesetengah orang menggunakan blog sebagai tempat untuk meluah tentang hal
isteri atau suami, masalah rumah tangga dan sebagainya.Ada kalanya bukan sekadar
berkongsi masalah sahaja tetapi juga melepaskan rasa geram dan meluahkan segala
yang terpendam. Ada suami atau isteri yang tidak suka apabila kisah rumah tangga
di paparkan lebih-lebih lagi dalam blog.Tanpa tidak di sedari hal ini boleh
memberikan anda point meretakkan
rumah tangga sendiri. Kenapa?Apabila diketahui pihak suami atau isteri, ia akan
mengundang kemarahan dan seterusnya mencetuskan pergaduhan hingga ada kalanya berlarutan
membawa kepada penceraian.
Sebenarnya
terpulang kepada setiap individu. Sama ada suami atau isteri, mereka perlu
mempunyai kesedaran bahawa terdapat batasan yang perlu mereka ikuti. Kawalan
ini sangat penting agar mereka tidak melakukan sesuatu di luar jangkauan hingga
menggangu kerukunan rumah tangga.
Sebaiknya
jangan disebarkan masalah rumah tangga kepada orang luar kerana rahsia rumah
tangga tidak boleh diceritakan kepada orang lain memandangkan ia isu sensitif.
Ia umpama membuka pekung di dada sendiri yang ada kalanya mengaibkan diri
sendiri dan pasangan.
1.Niat Ikhlas Dan Baik
Pastikan niat berfacebook atau berblog
untuk kebaikan diri sendiri dan keluarga. Bukan untuk mencari keseronokan semata-mata
2. Tetapkan Masa Tertentu
Pastikan masa yang sesuai untuk
melayari facebook/ menulis entry dalam blog dan peruntukkan had masa tertentu.
Jangan sepanjang masa hingga mengabaikan tanggungjawab sedia ada sama ada
sebagai pekerja atau pelajar, juga sebagai suami atau isteri atau ibu bapa atau
pun anak.
3.Utamakan Pasangan Dan Ahli Keluarga
Jangan jadikan facebook / blog
keutamaan sebaliknya dalam kesibukan menggunakan internet atau facebook atau
blog, letakkan pasangan atau ahli keluarga yang lain di takhta teratas.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Tulis Dan Search Aje
Followers
Powered by Calendar Labs
About Me
Powered by Blogger.
Tags
- Info Kesihatan (4)
Archive
-
▼
2013
(16)
-
▼
February
(9)
- Wanita Kena Bijak Memilih Rakan Berkongsi Masalah ...
- Tip Rumah Tangga Bahagia
- Resepi Perkahwinan Bahagia
- Laman Sosial Punca Keretakan Rumah Tangga
- Cara Elak Alahan Debu
- Kepentingan Simpan Susu Dengan Cara Yang Betul
- Al-Fatihah untuk adik Ahmad Adam Syukri
- Khas Buat Suamiku
- Tips Hilangkan Rasa Sakit Ketika Senggugut
-
▼
February
(9)
Popular Posts
-
Actually, hari ini aku nak cerita dan kongsi sikit pasal sakit senggugut ni sebab aku pun mengalaminya even aku dah berkahwin tapi b...
-
Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah, Hari ini Allah masih memberi aku peluang untuk bernafas di bumi yang ...
-
Apa yang kita sedia maklum, susu dikenali sebagai minuman pelengkap yang berprotein dan juga kaya dengan kalsium. Meski susu memberi ma...
-
Malam pengantin bagi pasangan suami isteri hendaklah penuh dengan suasana kelembutan, kasih sayang dan kesenangan. Malam yang menghubu...
0 comments:
Post a Comment