Wednesday, 27 February 2013
Wanita Kena Bijak Memilih Rakan Berkongsi Masalah Rumah Tangga
22:18
|
Pada
hari ini ramai dari kalangan kita gemar berkongsi rahsia atau masalah rumah tangga dengan rakan-rakan
dan jiran berbanding dengan ibubapa atau adik beradik sendiri. Tak kisahlah nak
kongsi rahsia apa pun atau nak mengadu masalah rumah tangga kepada rakan-rakan atau
jiran,setiap individu mempunyai pilihan sendiri sama ada nak kongsi dengan
rakan-rakan, jiran atau ahli keluarga. Tapi apa yang penting kita mesti
pastikan tempat nak berkongsi rahsia atau masalah adalah orang yang benar-benar
boleh dipercayai terutamanya jika nak
berkongsi masalah rumah tangga sendiri.
Siapa
yang tak sayangkan rumah tangga. Berkahwin bagi wanita cukup hanya
sekali. Kalau boleh biar ajal yang memisahkan suami isteri. Namun percaturan
hidup dalam perkahwinan memang banyak likunya. Hati kena kuat, jiwa kena tabah
jika mahu rumah tangga kekal utuh sampai akhir hayat. Jangan sesekali mengutip
cerita yang tak pasti di tepi-tepi jalan atau di tangga rumah-rumah jiran. Kita
bimbang apa yang dikabarkan oleh orang lain boleh membawa akibat buruk pada
rumah tangga kita sendiri. Jika cerita yang disampaikan mengenai suami sendiri,
jangan sesekali mengiakan dengan terus mempercayainya. Jangan biarkan orang
lain lebih tahu siapa pasangan kita berbanding diri kita sendiri. Apa yang diceritakan
itu, ambil untuk cari kebenaran dan menyelesaikannya dengan bijak. Umpama
menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus, tepung pula tidak berselerak.
Ini
kerana jika kita membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah tangga kita, belum
tentu perkara mudah dapat diselesaikan dengan mudah. Bimbang perkara mudah
menjadi kusut dan perkara kusut langsung tak jumpa punca penyelesaiannya dan
terus terputus. Jika bermasalah, lihatlah dulu siapa rakan kongsi yang boleh
diluahkan perasaan untuk melegakan hati. Takut jika tersalah tempat meluah
perasaan, bukan hati semakin lega tetapi bara makin panas kerana diapi-apikan
oleh tuan penasihat.
Tempat
pertama yang patut anda tuju adalah hati sendiri. Selidik sedalam-dalamnya
dengan tenang. Ramai yang berkata, ubat paling mujarab adalah diri sendiri.
Apalagi dalam soal merawat penyakit di dalam jiwa. Orang lain hanya boleh
berkata ‘Bersabarlah’, ‘kesiannya’ atau paling tidak pun memberi kata-kata
motivasi. Selebihnya terpulang pada diri sendiri. Adakah kita kuat menerima
ujian atau sanggup membiarkan diri roboh terkulai dek tidak mampu menahan
gelora hati.
Tempat
lain untuk mencari ketenangan selepas berkomunikasi dengan diri sendiri adalah
keluarga, terutama ibu (jika masih ada). Kerana tidak ada seorang pun mahu
anaknya dilanda ribut dalam rumah tangga. Merekalah tuan penasihat yang jujur
dan ikhlas, biarpun ada segelintir kecil ibu yang ‘terlupa’ peranannya sebagai
tempat anak mengadu.
Jiran
bukanlah tempat yang tepat untuk kita bercerita masalah rumah tangga. Biarpun
Islam amat menganjur agar kita menjalinkan hubungan baik dengan jiran tetangga,
tetapi urusan yang satu ini, tak perlu dikongsi bersama. Sayangi jiran tidak
semestinya dia harus tahu semua kemelut kita, kecuali kita memang mempunyai
jiran yang benar-benar jujur dan kita tahu kejujurannya dalam menyimpan rahsia.
Kita bimbang menceritakan masalah dalam rumah tangga kepada orang yang kita
tidak pasti keikhlasannya akan memburukkan keadaan, malahan ia boleh menjadi seperti
senjata makan tuan. Lebih baik simpan masalah itu dulu di dalam hati.
Oleh
itu, pandai-pandailah kita membawa diri sebelum membongkar kisah peribadi.
Kawan dan jiran yang baik pasti tahu had-had dan batasan mereka sebagi kawan
dan jiran, termasuk diri kita yang menjadi jiran dan kawan kepada orang lain.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Tulis Dan Search Aje
Followers
Powered by Calendar Labs
About Me
Powered by Blogger.
Tags
- Info Kesihatan (4)
Archive
-
▼
2013
(16)
-
▼
February
(9)
- Wanita Kena Bijak Memilih Rakan Berkongsi Masalah ...
- Tip Rumah Tangga Bahagia
- Resepi Perkahwinan Bahagia
- Laman Sosial Punca Keretakan Rumah Tangga
- Cara Elak Alahan Debu
- Kepentingan Simpan Susu Dengan Cara Yang Betul
- Al-Fatihah untuk adik Ahmad Adam Syukri
- Khas Buat Suamiku
- Tips Hilangkan Rasa Sakit Ketika Senggugut
-
▼
February
(9)
Popular Posts
-
Actually, hari ini aku nak cerita dan kongsi sikit pasal sakit senggugut ni sebab aku pun mengalaminya even aku dah berkahwin tapi b...
-
Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah, Hari ini Allah masih memberi aku peluang untuk bernafas di bumi yang ...
-
Apa yang kita sedia maklum, susu dikenali sebagai minuman pelengkap yang berprotein dan juga kaya dengan kalsium. Meski susu memberi ma...
-
Malam pengantin bagi pasangan suami isteri hendaklah penuh dengan suasana kelembutan, kasih sayang dan kesenangan. Malam yang menghubu...
0 comments:
Post a Comment