Sunday, 24 February 2013
Kepentingan Simpan Susu Dengan Cara Yang Betul
02:59
|
Apa yang kita sedia maklum, susu dikenali sebagai minuman pelengkap yang berprotein dan juga kaya dengan kalsium. Meski susu memberi manfaat nutrisi bagi kekuatan tulang, namun kita juga harus ingat bahawa susu juga boleh menjadi tempat bagi bakteria untuk berkembang jika tidak disimpan dengan baik. Dibawah saya kongsikan beberapa tip cara penyimpanan susu, agar susu awet dan tetap selamat untuk diminum.
Tip Tata Cara Penyimpanan Susu
- Untuk susu yang masa tertutup, anda boleh simpan di dalam peti sejuk. Tapi pastikan susu tersimpan dengan baik pada suhu 1- 4 °C. Dan pastikan susu yang diletak dalam peti sejuk ditempatkan pada bahagian tengah peti sejuk. Elakkan menyimpan susu pada bahagian pintu peti sejuk kerana ia akan membuat kualiti susu akan berkurang disebabkan suhu yang berubah-ubah ketika membuka dan menutup peti sejuk.
- Bagi menyimpan susu tepung di dalam jumlah yang banyak, sebaiknya simpan susu di bekas yang tertutup rapat dan boleh juga di simpan dalam bekas kedap udara yang tertutup. Kemudian, letak dalam peti sejuk dengan suhu 10 - 15°C
- Sebaiknya habiskan minum susu cair yang telah dibuka pada hari yang sama. Ini kerana, kebiasaan kita suka menuang susu dan kemudian memasukkannya semula ke dalam peti sejuk selama berhari-hari.Anda tahu tak, dengan cara inilah tanpa anda sedari akan menyebabkan susu rosak serta mudah dicemari bakteria.
- Untuk susu pekat manis yang telah dibuka, simpanlah di dalam peti sejuk. Pastikan korang tidak menggunakannya lagi selepas 20 hari.
- Jangan lupa untuk selalu memerhatikan tarikh luput susu setiap kali anda membelinya atau setelah beberapa hari penyimpanan.
* Kepada korang-korang sekalian pastikan susu masih berada dalam keadaan baik sebelum minum tau. Jaga pemakanan agar tidak memudaratkan diri sendiri.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Tulis Dan Search Aje
Followers
Powered by Calendar Labs
About Me
Powered by Blogger.
Tags
- Info Kesihatan (4)
Archive
-
▼
2013
(16)
-
▼
February
(9)
- Wanita Kena Bijak Memilih Rakan Berkongsi Masalah ...
- Tip Rumah Tangga Bahagia
- Resepi Perkahwinan Bahagia
- Laman Sosial Punca Keretakan Rumah Tangga
- Cara Elak Alahan Debu
- Kepentingan Simpan Susu Dengan Cara Yang Betul
- Al-Fatihah untuk adik Ahmad Adam Syukri
- Khas Buat Suamiku
- Tips Hilangkan Rasa Sakit Ketika Senggugut
-
▼
February
(9)
Popular Posts
-
Actually, hari ini aku nak cerita dan kongsi sikit pasal sakit senggugut ni sebab aku pun mengalaminya even aku dah berkahwin tapi b...
-
Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah, Hari ini Allah masih memberi aku peluang untuk bernafas di bumi yang ...
-
Apa yang kita sedia maklum, susu dikenali sebagai minuman pelengkap yang berprotein dan juga kaya dengan kalsium. Meski susu memberi ma...
-
Malam pengantin bagi pasangan suami isteri hendaklah penuh dengan suasana kelembutan, kasih sayang dan kesenangan. Malam yang menghubu...
0 comments:
Post a Comment