Thursday, 7 March 2013
Masakan Isteri Ikat Kasih Suami
06:31
|
Percaya atau tidak masakan isteri boleh mengikat kasih suami..mesti percayakan hehe. Kata orang-orang tua untuk memikat hati suami maka 'ikatlah' perutnya dahulu. Sebab itulah ibu kita selalu berpesan sesibuk mana pun seorang isteri sebaiknya luangkan sedikit masa untuk menyediakan masakan buat keluarga.
Biarlah menu yang dihidangkan ringkas tetapi ikhlas dari hati. Paling tidak, suami dan anak-anak akan sentiasa merindui air tangan insan yang sentiasa memenuhkan perut mereka dengan makanan-makanan yang membuka selera. Oleh itu, sediakanlah masakan pengikat kasih sayang buat mereka. Moga kerukunan dan keharmonian rumah tangga sentiasa terpelihara. Dalam pada itu, pelajari juga tip-tip penyediaan hidangan yang terbaik untuk keluarga agar sajian air tangan anda memberi manfaat buat insan tersayang. Masaklah apa pun yang ringkas-ringkas janji sedap dan suami pun tambah sayang:-)
Bila Masak mulakan Dengan Lafaz Bismillah
Islam menyarankan umatnya supaya mengamalkan lafaz bismillah dalam setiap perbuatan yang dilakukan bagi memperolehi keberkatan.Kita sebagai isteri dan ibu praktikkanlah cara tersebut untuk menyedapkan makanan sekali gus membuatkan anak-anak serta suami sentiasa mengingati sajian yang kita sediakan. Selain memperolehi keberkatan, cara ini juga mampu menghindarkan kemudaratan yang terdapat dalam masakan.
Siram Bahan Masakan Sebelum Dimasak
Kita sedar atau tidak, setiap bahan yang ingin dimasak perlu disiram atau dibersihkan dengan air biarpun telah dibersihkan. sebagai contoh ikan, daging atau ayam yang telah siap dipotong pasti dibersihkan. Seeloknya, sebelum di masukkan ke dalam kuali atau periuk, siramlah dengan air bersih kerana mungkin tanpa disedari, bahan tersebut telah dicemari kuman sewaktu ia dibiarkan seketika. Apabila semuanya bersih dan selamat, nescaya menu yang dihidangkan juga lazat.
Kurangkan Penggunaan Garam Dan Gula
Melihatkan makanan yuang lazat sudah cukup membuka selera biarpun lidah belum lagi merasanya tetapi sebaik dijamah ke mulut, rasa yang diinginkan gagal ditepati. Mungkin terlebih garam, gula mahupun bahan perasa membuatkan nafsu makan terbantut seketika. Bagi mengembalikan selera yang kian hilang maka masaklah dengan kuantiti yang sederhana. Maksudnya di sini, kurangkan penggunaan garam dan gula ketika proses penyediaannya.
Belajar Masak Menu Kegemaran
Biarpun baru sebulan dua mendirikan rumah tangga, anda seharusnya peka kepada makanan kegemaran pasangan. Kalau tidak ditanya maka lihatlah pada menu yang sering dipesan sewaktu kalian menjamu selera di restoran pilihan. Belajar menyediakan makanan yang digemari dan hidangkan ketika makan bersama di rumah. Berbaloi penat di dapur apabila melihat suami dan anak-anak berselera dengan masakan yang dihidangkan. Inilah yang dikatakan pengikat kasih sayang. Pengorbanan yang sedikit membuahkan kepuasan yang berganda.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Tulis Dan Search Aje
Followers
Powered by Calendar Labs
About Me
Powered by Blogger.
Tags
- Info Kesihatan (4)
Archive
Popular Posts
-
Actually, hari ini aku nak cerita dan kongsi sikit pasal sakit senggugut ni sebab aku pun mengalaminya even aku dah berkahwin tapi b...
-
Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah, Hari ini Allah masih memberi aku peluang untuk bernafas di bumi yang ...
-
Apa yang kita sedia maklum, susu dikenali sebagai minuman pelengkap yang berprotein dan juga kaya dengan kalsium. Meski susu memberi ma...
-
Malam pengantin bagi pasangan suami isteri hendaklah penuh dengan suasana kelembutan, kasih sayang dan kesenangan. Malam yang menghubu...
0 comments:
Post a Comment